Pokok Cincau



POKOK CINCAU
Merupakan sejenis tumbuhan renek menjalar daripada keluarga Lamiaceae yang menghasilkan agar-agar dinamakan 'cincau'. Tumbuhan renek ini memang agak kurang dikenali dikalangan orang Malaysia walau pun ada sesetengah orang menanamnya dirumah.
Tumbuhan Cincau ini adalah daripada keluarga Lamiaceae yang popular ditanam di China dan Taiwan jenis Mesoma parviflora
Sementara varieti yang popular di Indonesia pula adalah Mesona chinensis.
Kedua-dua varieti ini merupakan bahan mentah yang digunakan untuk membut agar-agar atau cincau sama ada ia CINCAU HITAM atau CINCAU HIJAU. Jenis M. chinensis mempunyai daun berwarna hijau dengan bentuk daun lebar menirus dihujungnya atau dikatakan bentuk antara ovat kepada separuh bulat. Ia juga dipanggil atau sinonim dengan nama Mesona procumbens yang selalunya akan dipetik bahagian atas tumbuhan seperti daun dan ranting untuk diproses menjadi agar cincau.
Bahan ini akan dipetik dan dijemur sehinga menjadi warna kehitaman kerana berlaku proses oksidasi. Lazimnya daun ini akan diproses dengan memasaknya dengan air sehingga mendidih dan disejukkan sebelum membeku untuk menjadi jelly iaitu agar-agar cincau. 
Daun Cincau yang telah dikeringkan
Dikawasan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Vietnam, Thailand ada terdapat sejenis pokok cincau hijau dari tumbuhan Grass Jelly (Cyclea barbata) yang mudah ditanam.
Tumbuhan ini mudah hidup diatas tanah pamah sehingga ketinggian 800 m dari aras laut dan jenis menjalar atau melilit kayu sokong. Ia dibiakkan melalui keratan batang walau pun peratus percambahan sederhana atau rendah jika kurang mahir. Penjagaan yang baik akan membolehkan tumbuhan ini memanjang sehingga 5 - 18 meter panjang. Di negara Vietnam tanaman ini dipanggil sebagai 'surong sao' atau 'thach surong sao' yang ditanam dibawah naungan pokok kelapa secara komersil. Mereka menjadikan tanaman ini sebagai satu jenis tumbuhan untuk diekspot dalam bentuk tepung untuk dijadikan agar-agar atau cincau yang sememangnya mampu menurunkan suhu badan.

No comments:

Post a Comment