Cincau/ Lengkong




CINCAU @ LENGKONG (Panggilan Utara)
CINCAU (Jelly Dessert) merupakan satu jenis agar-agar yang sangat popular di negara kita dan beberapa negara Asia yang lain. Air Cincau adalah nama yang dikaitkan dengan sejenis minuman yang sangat popular kerana ia mengandungi khasiat tersendiri dan mampu menyejukkan badan kita. 

Apakah dia dan bagaimana cincau ini disediakan dan dari bahan apa?
Aktiviti membuat cincau ini banyak dilakukan oleh usahawan kesil dan sederhana (IKS) terutama dikalangan masyarakat tionghua sebagai satu perusahaan keluarga. Tidak terdapat laporan rasmi daripada Jabatan Pertanian mengenai jumlah usahawan cincau yang wujud di Malaysia dan berapa banyak kuantiti pengeluaran dan permintaan cincau di negara kita. Cincau di Malaysia kebanyakannya jenis cincau hitam yang dijual dalam bentuk bongkah atau dibungkus dalam plastik atau dalam paket pelbagai saiz dan isipadu.

Bongkah
Dalam Plastik
_________________________________________________________________________________



Produk cincau adalah jelly dessert yang amat popular di Asia Tenggara sebagai minuman tradisional. Ianya pada dasarnya berasal dari tumbuhan keluarga mint (Mesona chinesis) dengan mengandungi kalium karbonat. 

Pokok ini banyak tumbuh dikawasan seperti di Asia Tenggara dan juga banyak di negara Indonesia, China dan Taiwan. Cincau selalunya dimasak menjadi air minuman cincau yang dipercayai dapat menyegarkan badan ataupun dicampur dengan tepung tapioca atau agar-agar powder supaya menjadi jelly cincau. 

Cincau hitam merupakan bahan ramuan jenis agar-agar (Jelly) yang sangat di minati dan biasanya dicampurkan dalam minumaan cincau, air batu campur, lai chee kang, sirap bandung cincau, air soya cincau dan sebagainya.

Jenis Cincau warna hitam merupakan jenis cincau yang popular berbanding dengan jenis cincau hijau. Permintaan cincau lazimnya akan meningkat pada bulan puasa atau bulan Ramadan sebagai hidangan yang menyejukan badan. 

Cincau hitam di buat dari pati daun mint (Mesona chinensis) dimana ia biasanya boleh ditanam dan kadang-kadang ada dijual oleh mereka yang mempunyai tanaman ini. Rakyat Malaysia agak kurang kenal akan tumbuhan ini tetapi di Indonesia memang banyak ditanam dikawasan rumah dan kebun pada tanah subur. Malahan ada juga tumbuhan ini dijual dalam bentuk kering dan di ikat-ikat untuk di jual. Cincau hitam yang sudah jadi juga banyak di jual di pasar tradisional, bahkan di pasar modern juga sudah banyak tersedia di Indonesia.

Walau begitu membuat sendiri cincau hitam adalah sebuah jaminan kesihatan dari kita karana seluruh proses dan bahannya kita awasi dengan baik hingga cincau hitam yang dihasilkan benar-benar lazat dan sehat seperti yang kita inginkan.

Teknologi membuat cincau hitam ini boleh dibuat sendiri dirumah dengan mudah jika kita mempunyai bahan dan pengetahuan yang mencukupi.



No comments:

Post a Comment