CINCAU @ LENGKONG (Panggilan Utara)
CINCAU (Jelly
Dessert) merupakan satu jenis agar-agar yang sangat popular di negara
kita dan beberapa negara Asia yang lain. Air Cincau adalah nama yang dikaitkan
dengan sejenis minuman yang sangat popular kerana ia mengandungi khasiat
tersendiri dan mampu menyejukkan badan kita.
Apakah dia
dan bagaimana cincau ini disediakan dan dari bahan apa?
Aktiviti membuat cincau ini banyak dilakukan oleh usahawan
kesil dan sederhana (IKS) terutama dikalangan masyarakat tionghua sebagai satu
perusahaan keluarga. Tidak terdapat laporan rasmi daripada Jabatan Pertanian
mengenai jumlah usahawan cincau yang wujud di Malaysia dan berapa banyak
kuantiti pengeluaran dan permintaan cincau di negara kita. Cincau di Malaysia kebanyakannya jenis cincau hitam yang dijual dalam
bentuk bongkah atau dibungkus dalam plastik atau dalam paket pelbagai saiz dan
isipadu.
 |
Bongkah |
 |
Dalam Plastik |
_________________________________________________________________________________
Produk cincau adalah jelly dessert yang amat popular di Asia Tenggara sebagai
minuman tradisional. Ianya pada dasarnya berasal dari tumbuhan keluarga mint (Mesona chinesis) dengan mengandungi kalium
karbonat.
Pokok ini banyak tumbuh dikawasan seperti di Asia Tenggara dan juga
banyak di negara Indonesia, China dan Taiwan. Cincau selalunya dimasak menjadi air
minuman cincau yang dipercayai dapat menyegarkan badan ataupun dicampur dengan
tepung tapioca atau agar-agar powder supaya menjadi jelly cincau.
Cincau
hitam merupakan bahan ramuan jenis agar-agar (Jelly) yang sangat di
minati dan biasanya dicampurkan dalam minumaan cincau, air batu campur, lai
chee kang, sirap bandung cincau, air soya cincau dan sebagainya.
Jenis Cincau warna hitam merupakan jenis cincau
yang popular berbanding dengan jenis cincau hijau. Permintaan cincau lazimnya
akan meningkat pada bulan puasa atau bulan Ramadan sebagai hidangan yang
menyejukan badan.
Cincau
hitam di buat dari pati daun mint (Mesona chinensis)
dimana ia biasanya boleh ditanam dan kadang-kadang ada dijual oleh
mereka yang mempunyai tanaman ini. Rakyat Malaysia agak kurang kenal akan
tumbuhan ini tetapi di Indonesia memang banyak ditanam dikawasan rumah dan
kebun pada tanah subur. Malahan ada juga tumbuhan ini dijual dalam bentuk
kering dan di ikat-ikat untuk di jual. Cincau hitam yang sudah jadi juga banyak
di jual di pasar tradisional, bahkan di pasar modern juga sudah banyak tersedia
di Indonesia.
Walau
begitu membuat sendiri cincau hitam adalah sebuah jaminan kesihatan dari kita
karana seluruh proses dan bahannya kita awasi dengan baik hingga cincau hitam
yang dihasilkan benar-benar lazat dan sehat seperti yang kita inginkan.
Teknologi membuat cincau
hitam ini boleh dibuat sendiri dirumah dengan mudah jika kita mempunyai bahan
dan pengetahuan yang mencukupi.