Cara Memesan

Hubungi 012-5746691 untuk maklumat lanjut.
atau
SMS Tepung Cincau ke 012-5746691

Pek Percubaan Tepung Cincau RM16.00 (termasuk penghantaran)



Buat Cincau Di Rumah

TAHUKAH ANDA,
CINCAU/LENGKONG KINI BOLEH DIHASILKAN DI RUMAH?

Dengan menggunakan TEPUNG CINCAU, penghasilan cincau di rumah menjadi mudah, cepat, bersih dan semestinya 100% Halal.






Kenapa perlu buat cincau sendiri?

Ini hanya sebahagian daripadanya..

Keratan Akhbar 1
Keratan Akhbar 2
Tempat proses cincau
Cincau yang di jual

Khasiat Cincau

Apakah Khasiat Dari Tumbuhan dan produk Cincau?

Walaupun kebanyakan kita mengatakan ia sedap dan akan menyejukkan badan, tetapi secara ilmiah banyak khasiat lain diperolehi daripada cincau.

-          Lazimnya cincau akan menurunkan panas dalam dan ia juga mencegah gangguan sistem pencernaan (mudah kita buang air besar).
-          Cincau juga mampu untuk mengatasi masalah perut kembung
-          Cincau juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan kadar kolesterol.
-          Selain itu, cincau boleh mengatasi masalah sakit perut (diare) dan mengurangkan masalah batuk dan mengelakkan sembelit dan paling menakjubkan ia didakwa sebagai bahan antikanser.

Daripada kajian makmal mendapati tumbuhan cincau ini mengandung zat sejenis karbohidrat yang mampu menyerap air sehingga daunnya menjadi padat. Apabila segenggam daun cincau diramas-ramas dengan air, maka akan keluar bahan seperti cincau berupa agar-agar seperti dijual dipasaran.

Cincau/ Lengkong




CINCAU @ LENGKONG (Panggilan Utara)
CINCAU (Jelly Dessert) merupakan satu jenis agar-agar yang sangat popular di negara kita dan beberapa negara Asia yang lain. Air Cincau adalah nama yang dikaitkan dengan sejenis minuman yang sangat popular kerana ia mengandungi khasiat tersendiri dan mampu menyejukkan badan kita. 

Apakah dia dan bagaimana cincau ini disediakan dan dari bahan apa?
Aktiviti membuat cincau ini banyak dilakukan oleh usahawan kesil dan sederhana (IKS) terutama dikalangan masyarakat tionghua sebagai satu perusahaan keluarga. Tidak terdapat laporan rasmi daripada Jabatan Pertanian mengenai jumlah usahawan cincau yang wujud di Malaysia dan berapa banyak kuantiti pengeluaran dan permintaan cincau di negara kita. Cincau di Malaysia kebanyakannya jenis cincau hitam yang dijual dalam bentuk bongkah atau dibungkus dalam plastik atau dalam paket pelbagai saiz dan isipadu.

Bongkah
Dalam Plastik
_________________________________________________________________________________



Produk cincau adalah jelly dessert yang amat popular di Asia Tenggara sebagai minuman tradisional. Ianya pada dasarnya berasal dari tumbuhan keluarga mint (Mesona chinesis) dengan mengandungi kalium karbonat. 

Pokok ini banyak tumbuh dikawasan seperti di Asia Tenggara dan juga banyak di negara Indonesia, China dan Taiwan. Cincau selalunya dimasak menjadi air minuman cincau yang dipercayai dapat menyegarkan badan ataupun dicampur dengan tepung tapioca atau agar-agar powder supaya menjadi jelly cincau. 

Cincau hitam merupakan bahan ramuan jenis agar-agar (Jelly) yang sangat di minati dan biasanya dicampurkan dalam minumaan cincau, air batu campur, lai chee kang, sirap bandung cincau, air soya cincau dan sebagainya.

Jenis Cincau warna hitam merupakan jenis cincau yang popular berbanding dengan jenis cincau hijau. Permintaan cincau lazimnya akan meningkat pada bulan puasa atau bulan Ramadan sebagai hidangan yang menyejukan badan. 

Cincau hitam di buat dari pati daun mint (Mesona chinensis) dimana ia biasanya boleh ditanam dan kadang-kadang ada dijual oleh mereka yang mempunyai tanaman ini. Rakyat Malaysia agak kurang kenal akan tumbuhan ini tetapi di Indonesia memang banyak ditanam dikawasan rumah dan kebun pada tanah subur. Malahan ada juga tumbuhan ini dijual dalam bentuk kering dan di ikat-ikat untuk di jual. Cincau hitam yang sudah jadi juga banyak di jual di pasar tradisional, bahkan di pasar modern juga sudah banyak tersedia di Indonesia.

Walau begitu membuat sendiri cincau hitam adalah sebuah jaminan kesihatan dari kita karana seluruh proses dan bahannya kita awasi dengan baik hingga cincau hitam yang dihasilkan benar-benar lazat dan sehat seperti yang kita inginkan.

Teknologi membuat cincau hitam ini boleh dibuat sendiri dirumah dengan mudah jika kita mempunyai bahan dan pengetahuan yang mencukupi.



Pokok Cincau



POKOK CINCAU
Merupakan sejenis tumbuhan renek menjalar daripada keluarga Lamiaceae yang menghasilkan agar-agar dinamakan 'cincau'. Tumbuhan renek ini memang agak kurang dikenali dikalangan orang Malaysia walau pun ada sesetengah orang menanamnya dirumah.
Tumbuhan Cincau ini adalah daripada keluarga Lamiaceae yang popular ditanam di China dan Taiwan jenis Mesoma parviflora
Sementara varieti yang popular di Indonesia pula adalah Mesona chinensis.
Kedua-dua varieti ini merupakan bahan mentah yang digunakan untuk membut agar-agar atau cincau sama ada ia CINCAU HITAM atau CINCAU HIJAU. Jenis M. chinensis mempunyai daun berwarna hijau dengan bentuk daun lebar menirus dihujungnya atau dikatakan bentuk antara ovat kepada separuh bulat. Ia juga dipanggil atau sinonim dengan nama Mesona procumbens yang selalunya akan dipetik bahagian atas tumbuhan seperti daun dan ranting untuk diproses menjadi agar cincau.
Bahan ini akan dipetik dan dijemur sehinga menjadi warna kehitaman kerana berlaku proses oksidasi. Lazimnya daun ini akan diproses dengan memasaknya dengan air sehingga mendidih dan disejukkan sebelum membeku untuk menjadi jelly iaitu agar-agar cincau. 
Daun Cincau yang telah dikeringkan
Dikawasan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Vietnam, Thailand ada terdapat sejenis pokok cincau hijau dari tumbuhan Grass Jelly (Cyclea barbata) yang mudah ditanam.
Tumbuhan ini mudah hidup diatas tanah pamah sehingga ketinggian 800 m dari aras laut dan jenis menjalar atau melilit kayu sokong. Ia dibiakkan melalui keratan batang walau pun peratus percambahan sederhana atau rendah jika kurang mahir. Penjagaan yang baik akan membolehkan tumbuhan ini memanjang sehingga 5 - 18 meter panjang. Di negara Vietnam tanaman ini dipanggil sebagai 'surong sao' atau 'thach surong sao' yang ditanam dibawah naungan pokok kelapa secara komersil. Mereka menjadikan tanaman ini sebagai satu jenis tumbuhan untuk diekspot dalam bentuk tepung untuk dijadikan agar-agar atau cincau yang sememangnya mampu menurunkan suhu badan.